PruBSN Protect / PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect adalah pelan terbaharu dari PruBSN yang menyediakan perlindungan khusus jika berlakuKematian atau Hilang Upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit. Selain itu, pelan ini juga menyediakan perlindungan tambahan sekiranya peserta di timpa kemalangan. Perlindungan ini termasuklah

– Pampasan akibat Kematian atau kecacatan anggota badan.

– Bayaran kos rawatan kemalangan

– Pendapatan mingguan akibat hilang upaya di sebabkan kemalangan.

Apabila peserta kehilangan pendapatan akibat kemalangan atau penyakit kritikal, pelan ini akan membantu melindungi dengan

– Memberi pendapatan bulanan kepada anda dan keluarga

– Anda tidak perlu lagi membayar apa-apa caruman kerana semuanya akan di bayar oleh PruBSN.

– Membayar caruman bulanan anda jika pasangan anda

1.   Meninggal dunia.

2.   Lumpuh sepenuhnya dan kekal.

3.   Di diagnos menghidap salah satu daripada penyakit kritikal

Kenapa anda perlukan pelan seperti ini?

Pelan ini amat sesuai untuk anda sekiranya anda inginkan

  1. Perlindungan kewangan untuk diri sendiri – Menyediakan wang tunai segera bagi menampun keperluan hidup apabila anda tidak lagi boleh bekerja di sebabkan lumpuh kekal.
  2. Perlindungan kewangan untuk keluarga – Ia menyediakan aliran wang tunai untuk keluarga anda apabila anda sudah tiada.Oleh itu mereka boleh meneruskan hidup seperti biasa sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu.
  3. Memastikan perniagaan anda berterusan – Pelan ini boleh di gunakan bagi menampung kerugian yang di alami oleh perniagaan atau syarikat dengan ketiadaan anda. Oleh itu rakan kongsi atau ahli keluarga anda boleh meneruskan perniagaan tanpa mengalami masalah kewangan yang serius.
  4. Memastikan ahli kelurga tidak di bebani hutang – Semasa hidup kita banyak membuat komitmen dan hutang. Semua ini akan di tinggalkan kepada ahli keluarga apabila kita tiada. Oleh itu, pelan ini boleh di gunakan bagi memastikan mereka tidak di bebani oleh hutang yang kita buat semasa hidup.

Berikut adalah ciri-ciri pelan PruBSN Protect & PruBSN Protect Plus:-

ciri-ciri-pelan-prubsn-protect

Bagi meningkatkan lagi perlindungan di atas, anda boleh memilih untuk menambah manfaat di bawah dengan caruman tambahan sesuai dengan toleransi risiko anda.

Manfaat Tambahan :-

rider-prubsn-protect