Bersesak dengan warga asing nak dapatkan rawatan

KLANG – Caj murah yang dikenakan hospital kerajaan menjadi antara faktor mendorong orang ramai serta warga asing mendapatkan rawatan. Tinjauan di Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, mendapati bahagian itu sesak dengan orang ramai termasuk warga asing yang sedang menunggu giliran. Berdasarkan maklumat daripada kakitangan hospital yang hanya mahu dikenali sebagai Santiago, hampir […]

Pesakit kanser tulang rayu bantuan

BATU PAHAT – Seorang bapa tunggal di sini, merayu bantuan untuk merawat penyakit kanser tulang dihadapinya. Adnan Ahmad berkata, dia memerlukan RM1,600 bagi menjalani rawatan hemodialisis bagi mencuci darah yang dikatakan menjadi punca penyakitnya. Menurutnya, selagi tidak menjalani rawatan itu, penyakit kanser tulang atau ‘gout tulang’ itu makin teruk dan boleh mengancam nyawa. Tambahnya lagi, […]

Lumpuh gara-gara semut

TANJUNG TOKONG – Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor. “Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis. “Selepas […]

Boleh dianggap pelaburan

Kuala Lumpur: Mengambil insurans atau takaful bagi perlindungan kediaman tidak boleh lagi dilihat sebagai sesuatu yang membebankan memandangkan risiko kerugian serius mungkin ditanggung sekiranya pemilik tidak mengambil polisi untuk kediaman mereka. Perunding Kewangan Islam di Al-Falah Advisor Ahmad Humaizi Mat Noor berkata, masyarakat perlu mula menanam kepercayaan bahawa perlindungan insurans atau takaful adalah satu bentuk […]

‘Reda jika ALLAH ambil nyawanya’

MARANG – “Saya reda jika ALLAH mengambil (nyawanya), tetapi (sebelum itu) saya akan berusaha mengubati penyakit (anak) sehingga sembuh,” kata Norasimah Ismail, 42, ibu kepada Amir Hanafi Zolawi, 15, yang menghidap kanser kelenjar tahap tiga. Amir Hanafi disahkan menghidap kanser kelenjar atau juga dipanggil limforma lebih kurang seminggu lalu bermula dengan demam yang disangka sekadar […]