Pelajar koma lebih sebulan perlu bantuan

GUA MUSANG – Keluarga seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini yang koma lebih sebulan kerana kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pelajar itu. Norfarahani Ismail, 17, yang terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini selepas terbabit kemalangan pada 28 Feb lepas, memerlukan perbelanjaan […]

Insurans Hayat Bebas GST, Kata LIAM

KUALA LUMPUR: Insurans hayat diecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Dalam satu kenyataan di sini, Jumaat, persatuan berkata antara produk dikecualikan GST ialah polisi seumur hidup, endowmen, anak, pendidikan dan anuiti. Bagaimanapun, premium bagi rider bukan hayat seperti penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri akan tertakluk […]

Lumpuh gara-gara semut

TANJUNG TOKONG – Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor. “Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis. “Selepas […]

Malaysia diancam denggi baharu

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat. Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh. Menteri […]

Tidak mampu bayar bil hospital

PASIR PUTEH – Seorang ibu tunggal lega apabila masalah untuk membayar kos rawatan anaknya yang sakit mendapat perhatian Pemuda Umno Pasir Puteh. Siti Maisarah Umairah Abdul Rahim yang berusia setahun tujuh bulan menghidap masalah cairan dalam kepala. Ibunya, Rozila Mohammad, 20, berkata, darah beku menyebabkan kepala anaknya membesar selepas dilahirkan. Katanya, kesempitan hidup,  ditambah pula […]

Guna pampasan untuk upah haji arwah suami

KOTA BHARU – Wang pampasan insurans berjumlah RM91,964.64 dari Predential Bank Simpanan Nasional (BSN) Takaful akan digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat arwah suami  menunaikan haji. Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim, 28, isteri kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Allahyarham Safrizal Tarmizan, 31, berkata, sebahagian wang pampasan itu akan digunakan untuk upah haji arwah […]

Bukan semua ubat dikecualikan daripada GST

SERI KEMBANGAN – Kerajaan tidak bercadang mengecualikan semua ubat daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementerian itu telah mengenal pasti 320 sebatian kimia yang diluluskan untuk sifar kadar dalam GST, termasuk lebih 4,200 jenama ubat. “Setakat ini, tiada rancangan […]

Sokong ejen insurans bumiputera

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Golongan bumiputera dilihat masih jauh ketinggalan dari segi penglibatan sebagai ejen atau individu yang mendapatkan perlindungan insurans hayat di negara ini. Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan padu perlu diberikan kepada ejen insurans bumiputera bagi memperluas dan meningkatkan keupayaan mereka dalam industri tersebut. Menurut beliau, usaha […]