Ingat pesanan Allahyarham isteri

MELAKA – Suami kepada Allahyarham Mastura Abd Karim, 34, ejen insurans yang maut dalam kemalangan jalan raya pertengahan Disember lalu, akan menggunakan wang pampasan insurans isterinya itu untuk kegunaan anak-anak. Moed Salleh, 54, berkata, semasa hayat isterinya itu pernah berpesan supaya sekiranya berlaku apa-apa terhadap dirinya, gunakanlah wang berkenaan untuk tiga anaknya berusia 15, 11 […]

MH370: RM16.8 juta insurans dibayar kepada waris

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM16.8 juta bagi tuntutan insurans hayat dibayar kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Dalam kenyataan hari ini, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) berkata 185 polisi telah dikeluarkan oleh 14 buah syarikat insurans hayat di Malaysia yang telah diselesaikan dari Mac 2014 sehingga kini. “Syarikat insurans […]

Insurans Hayat Bebas GST, Kata LIAM

KUALA LUMPUR: Insurans hayat diecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Dalam satu kenyataan di sini, Jumaat, persatuan berkata antara produk dikecualikan GST ialah polisi seumur hidup, endowmen, anak, pendidikan dan anuiti. Bagaimanapun, premium bagi rider bukan hayat seperti penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri akan tertakluk […]

Boleh dianggap pelaburan

Kuala Lumpur: Mengambil insurans atau takaful bagi perlindungan kediaman tidak boleh lagi dilihat sebagai sesuatu yang membebankan memandangkan risiko kerugian serius mungkin ditanggung sekiranya pemilik tidak mengambil polisi untuk kediaman mereka. Perunding Kewangan Islam di Al-Falah Advisor Ahmad Humaizi Mat Noor berkata, masyarakat perlu mula menanam kepercayaan bahawa perlindungan insurans atau takaful adalah satu bentuk […]

Konsep tabarru’ dalam Takaful

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia. Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya. Dalam Islam, manusia tidak memiliki […]

Orang Melayu kurang sedar keperluan insurans

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran di kalangan orang melayu untuk perlindungan insurans perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan kadar penembusan Takaful Ikhlas, demikian menurut dua penerima anugerah cemerlang syarikat berkenaan. “Dilihat pada kadar penembusan 12 peratus untuk tahun 2012, kami melihat potensi yang cerah di pasaran yang belum ditembusi iaitu 88 peratus daripada pasaran sasaran Melayu […]

Sokong ejen insurans bumiputera

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Golongan bumiputera dilihat masih jauh ketinggalan dari segi penglibatan sebagai ejen atau individu yang mendapatkan perlindungan insurans hayat di negara ini. Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan padu perlu diberikan kepada ejen insurans bumiputera bagi memperluas dan meningkatkan keupayaan mereka dalam industri tersebut. Menurut beliau, usaha […]

Caj rawatan tinggi guna kad insurans ditangani

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi menangani masalah caj perubatan yang tinggi bagi pesakit yang menggunakan kad insurans di pusat perubatan swasta, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ia termasuk perbincangan dengan agensi insurans, hospital swasta, organisasi jagaan yang diuruskan dan Bank Negara. […]