Ramai menderita selepas bersara!

SELEPAS bersara, bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan ‘gaji’ bulanan sebanyak RM208 bagi menanggung kehidupan seharian selama 20 tahun atau 240 bulan termasuk terpaksa melunaskan hutang pinjaman kereta, perumahan, pinjaman peribadi, keperluan diri sendiri dan keluarga. Lebih teruk lagi sekiranya masih terpaksa menanggung anak-anak yang sedang belajar, melunaskan saki-baki hutang perkahwinan hebat ‘wedding of the […]

Ramai tak tahu kena HCV

Dianggarkan 160 juta orang dijangkiti Hepatitis C (HCV) di seluruh dunia, dengan 350,000 daripada mereka meninggal dunia setiap tahun. Dua punca utama HCV disebabkan amalan minum alkohol secara berlebihan, dan dijangkiti daripada proses pemindahan darah atau organ, khususnya sebelum 1992. Keadaan itu berlaku apabila darah daripada penderma tidak disaring daripada jangkitan seperti hepatitis C. Selain […]

Alternatif lutut sendi besi

Assalamualaikum Prof Nizar, Saya sering mengikuti artikel Prof dalam akhbar Sinar Harian. Saya amat tertarik dengan pelbagai rawatan sakit kronik terkini yang mampu mengembalikan kehidupan kepada pesakit. Bagi saya ini satu rahmat besar kepada semua pesakit kronik yang lama menderita kerana kebanyakan rawatan moden dan alternatif sebelum ini kurang menyerlah keberkesanannya. Begini, bapa saya seorang […]

‘Kami sudah habis wang’

Jempol: Sepasang suami isteri mengharapkan bantuan orang ramai bagi menampung perbelanjaan rawatan anak sulung mereka yang menghidap ketumbuhan tahap empat dan koma sejak 9 Mac lalu. Anak mereka, Muhammad Nur Iman Mohd Razi, 5, sudah dihantar menjalani rawatan susulan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu lalu selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital […]

Insurans Hayat Bebas GST, Kata LIAM

KUALA LUMPUR: Insurans hayat diecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Dalam satu kenyataan di sini, Jumaat, persatuan berkata antara produk dikecualikan GST ialah polisi seumur hidup, endowmen, anak, pendidikan dan anuiti. Bagaimanapun, premium bagi rider bukan hayat seperti penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri akan tertakluk […]

Lumpuh gara-gara semut

TANJUNG TOKONG – Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor. “Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis. “Selepas […]

Perlu RM60,000 segera

ALOR SETAR – Seorang bayi mengidap penyakit jantung berlubang berusia dua bulan memerlukan dana kewangan RM60,000 dalam tempoh tiga minggu. Ibunya, Shaliza Shaari, 39, berkata, dia dimaklumkan doktor pada 25 Februari lalu bahawa anak perempuannya, Nurul Farhana, boleh menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. “Doktor berpesan bahawa mereka sudah boleh melakukan pembedahan untuk anak […]

Boleh dianggap pelaburan

Kuala Lumpur: Mengambil insurans atau takaful bagi perlindungan kediaman tidak boleh lagi dilihat sebagai sesuatu yang membebankan memandangkan risiko kerugian serius mungkin ditanggung sekiranya pemilik tidak mengambil polisi untuk kediaman mereka. Perunding Kewangan Islam di Al-Falah Advisor Ahmad Humaizi Mat Noor berkata, masyarakat perlu mula menanam kepercayaan bahawa perlindungan insurans atau takaful adalah satu bentuk […]

Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia

Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan […]

Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang […]