Bersesak dengan warga asing nak dapatkan rawatan

KLANG – Caj murah yang dikenakan hospital kerajaan menjadi antara faktor mendorong orang ramai serta warga asing mendapatkan rawatan. Tinjauan di Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, mendapati bahagian itu sesak dengan orang ramai termasuk warga asing yang sedang menunggu giliran. Berdasarkan maklumat daripada kakitangan hospital yang hanya mahu dikenali sebagai Santiago, hampir […]

Perlu RM60,000 segera

ALOR SETAR – Seorang bayi mengidap penyakit jantung berlubang berusia dua bulan memerlukan dana kewangan RM60,000 dalam tempoh tiga minggu. Ibunya, Shaliza Shaari, 39, berkata, dia dimaklumkan doktor pada 25 Februari lalu bahawa anak perempuannya, Nurul Farhana, boleh menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. “Doktor berpesan bahawa mereka sudah boleh melakukan pembedahan untuk anak […]

Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia

Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan […]

Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang […]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA – Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu […]