Wajib bukan pilihan
Ketika berhijrah ke Madinah, seorang sahabat Nabi bernama Sayyidina Abdul Rahman Al-Awf berhijrah sehelai sepinggang. Beliau ditawarkan saudaranya dari pihak Ansar iaitu Sa’d ar-Rabi’, separuh daripada harta namun ditolak dengan baik dan cuma diminta ditunjukkan lokasi pasar di Madinah. Ramai dari kita sedia maklum mengenai kehebatan Sayyidina Abdul Rahman al-Awf dalam perniagaan.
Dalam Rukun Islam satu daripada rukunnya, orang Islam disuruh membayar zakat. Orang membayar zakat adalah orang kaya dan penerima zakat yang utama adalah fakir dan miskin. Dan umat Islam disuruh membayar zakat.
Islam dan kekayaan bukan asing. Cek yang digunakan sudah lama ada malan cek dikeluarkan di Baghdad, Iraq boleh ditunaikan di Rabat, Maghribi yang terletak kira-kira 4,700 kilometer.
Dunia kewangan Islam hari ini sudah lama ada. Prinsipnya tertulis dalam al-Quran dan as-Sunnah cuma dalam bentuk berbeza. Bank, takaful, pemodal dan usahawan.
Kewangan Islam dipecahkan kepada 3 bahagian besar iaitu perbankan, takaful dan pasaran modal (saham, bon, derivatif). Selagi mana urusan dalam ketiga-tiga bahagian ini bebas daripada riba, judi, gharar dan produk ataupun servis yang haram, maka ia halal.
Kita selaku umat Islam perlu faham Islam agama sempurna sudah tentu urusan duit juga ada prinsip tersendiri. Memilih produk kewangan halal atau produk patuh syariah adalah kewajipan dan bukan lagi pilihan.
Ia tanda syukur kita kepada Allah SWT. Setiap kekayaan di atas muka bumi adalah dari Allah SWT. Gaji, bonus, elaun yang kita dapat adalah pemberian Allah SWT kepada kita. Majikan cuma perantara saja. Kita cuma manusia biasa, maka mustahil malaikat akan turun dari langit untuk beri kita duit setiap bulan.
Begitu juga dengan duit. Jika duit, harta kekayaan kita disimpan, dilaburkan, digunakan dalam produk kewangan yang haram. Adakah Allah akan berdiam pada hari akhirat.
Penulis Perunding Prinsipal AFIQ Training & Advisory