Jaminan masa depan

masa1-png_1472769737

“Saya fikir dulu”. Mungkin ungkapan biasa atau ‘cliche’ kebanyakan individu termasuk generasi muda apabila dipelawa mengambil pakej perlindungan insurans.

Mungkin mereka tidak mahu terbeban dengan komitmen bulanan atau menganggap masih awal untuk mengambil pakej ditawarkan.

Sedangkan banyak kelebihannya di kemudian hari dan tanpa mereka sedar, keengganan mengambil perlindungan insurans hari ini mungkin menyusahkan diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa musibah nanti.

Bayangkan jika berlaku kemalangan dan anda ditahan di wad hospital selama berminggu-mingu atau berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan.

Sepanjang tempoh itu, siapa yang mahu membantu membayar bil hospital jika bukan keluarga?

Jika mempunyai wang simpanan sekalipun, adakah jumlahnya cukup untuk menjelaskan tunggakan bil itu?

Oleh itu generasi muda perlu sedar kepentingan mengambil perlindungan insurans dan cuba letakkan ia sebagai keutamaan.

Tidak salah memberi ganjaran kepada diri sendiri namun jangan lupa mengasingkan 10 peratus daripada pendapatan anda untuk menjelaskan ansuran bulanan polisi insurans.

Menyentuh soal itu, kita ikuti komen Gen Y berhubung kepentingan perlindungan insurans bagi mereka.

Our Tags