PruBSN Ummah
Apakah PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi kerohanian umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda. Ia juga memberi bonus kerana menjadi pelanggan setia.
Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan
Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
- Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji
- Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver
- Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau Umrah
Dapatkan Perlindungan Meluas
- Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Hajj Badal sebagai tambahahan kepada perlindungan asas anda
- Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus
- Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal
- Memastikan perlindungan beterusan dengan pelbagai rider Contributor
- Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun
Penuhi Keperluan Rohaniah
- Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Hajj Badal
- Menjaga keperluan keluarga anda di rumah
Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.
Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh PruBSN Ummah?
Simpanan
Peroleh Bonus Loyalti1 |
|
Tingkatkan lagi simpanan anda |
|
Pengeluaran Simpanan untuk Haji dan Umrah |
|
1 Bonus loyalti adalah manfaat tidak dijamin. Ianya dibayar berdasarkan budi bicara Prudential BSN Takaful Berhand dan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh para peserta. Terdapat tempoh menunggu selama 5 tahun sebelum anda layak menerima manfaat tersebut.
2 Manfaat pilihan. Ummah Saver tidak menyediakan sebarang manfaat-manfaat perlindungan.
3 Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk keterangan lanjut
Perlindungan
Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) |
|
||||||||||||
Gandakan Manfaat Takaful4 anda semasa menunaikan Haji atau Umrah |
|
||||||||||||
Haji Badal |
|
||||||||||||
Perlindungan Penyakit Kritikal |
|
||||||||||||
Memastikan perlindungan berterusan |
|
||||||||||||
Penulisan Wasiat Islam |
|
||||||||||||
Lien Juvenil |
|
4 Tempoh menunggu selama 3 tahun dikenakan kecuali disebabkan oleh kemalangan
5 Manfaat pilihan
Siapa yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.
Bagaimanakah PruBSN Ummah boleh membantu anda di samping simpanan Tabung Haji anda?
PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda. Ia merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan Takaful tambahan.
Bilakah bonus loyalti dibayar?
Bonus loyalti akan dibayar sebagai peratus sumbangan anda apabila anda:
- Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
- Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
- Menjadi hilang upaya kekal dan menyeluruh, atau
- Meninggal dunia
Lagi lama tempoh Takaful, lagi tinggi bonus yang anda terima. Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah saya mengaturkan Haji Badal?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Haji Badal ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris terdekat berusia 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Haji Badal bagi pihak anda.
Bagaimanakah saya boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Ummah?
Anda boleh meningkatkan manfaat-manfaat PruBSN Ummah anda menerusi manfaat-manfaat pilihan berikut.
Perlindungan berganda untuk Haji/Umrah anda | Sertai Double Takaful Plus5 untuk memastikan anda mendapat perlindungan manfaat Takaful berganda setipa kali anda menunaikan Haji/Umrah |
Perlindungan untuk penyakit kritikal | Sertakan Crisis Shield5 untul mendapat perlindungan bagi 36 penyakit kritikal |
Tingkatkan dana simpanan anda | Tingkatkan simpanan anda dengan lebih cepat bersama Ummah Saver2 dengan membayar sumbangan minimum RM10 setiap bulan. Anda juga boleh membuat Penambahan Sumbangan Tunggal pada bila-bila masa anda ingin berbuat demikian dengan sumbangan minimum RM500 untuk setiap penambahan. |
Memastikan perlindungan berterusan | Pilih daripada rangkaian rider Contributor5yang akan membayar sumbangan masa hadapan jika anda menghidap penyakit kritikal, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia. Rider-rider contributor ini just ditawarkan untuk melindungi anda sebagai ibu bapa atau pasangan anda.Untuk sumbangan-sumbangan simpanan anda, pilihlah rider-rider Ummah Saver Contributor5 untuk memastikan simpanan anda terus meningkat jika anda menghidap penyakit kritikal, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia. |
Nota: Pengambilan lebih banyak manfaat-manfaat pilihan akan meningkatkan sumbangan yang perlu dibayar.
Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam?
Kami akan menyediakan semua urusan yang perlu dilakukan supaya wasiat anda dibuat tanpa sebarang kesukaran. Wasiat anda akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Anda hanya perlu membayar yuran yang hanya dikenakan sekali sahaja untuk perkhidmataan ini.
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
- umur anda
- jumlah dan terma perlindungan anda
- status kesihatan anda
- jantina anda
- kaedah pembayaran anda
kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Ummah?
PruBSN Ummahadalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
Jenis caj | Butiran caj | ||||||||||||||||||||||
Caj wakalah pendahuluan | Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan6 di bawah adalah berdasarkan sumbangan6 perlindungan anda. | ||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||
Untuk Ummah Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil. Bagi Penambahan Sumbangan Tunggal, caj 5% dikenakan untuk setiap penambahan. | |||||||||||||||||||||||
Tabarru’ | Kami menolak suata amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan |
6 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat terperinci.
Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan berdasarkan Prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan?
Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu (ISA) dikongsi bersama anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.
Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%7 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%7dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.7 Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad