Caj rawatan tinggi guna kad insurans ditangani

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi menangani masalah caj perubatan yang tinggi bagi pesakit yang menggunakan kad insurans di pusat perubatan swasta, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ia termasuk perbincangan dengan agensi insurans, hospital swasta, organisasi jagaan yang diuruskan dan Bank Negara. […]

‘Reda jika ALLAH ambil nyawanya’

MARANG – “Saya reda jika ALLAH mengambil (nyawanya), tetapi (sebelum itu) saya akan berusaha mengubati penyakit (anak) sehingga sembuh,” kata Norasimah Ismail, 42, ibu kepada Amir Hanafi Zolawi, 15, yang menghidap kanser kelenjar tahap tiga. Amir Hanafi disahkan menghidap kanser kelenjar atau juga dipanggil limforma lebih kurang seminggu lalu bermula dengan demam yang disangka sekadar […]

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 2

Ambil takaful ikut kepada keperluan bukan ikut nafsu, keperluan yang dimaksudkan di sini ialah ikut komitmen dan kemampuan kita yang sebenarnya. Orang yang hendak ambil takaful sendiri yang tetapkan berapa sumbangan yang hendak diberikan pada setiap bulan. Kalau ia mampu RM 50.00 maka polisi pun dengan harga RM 50.00. Salah dalam hal ini kalau agen […]

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 1

Kebanyakkan manusia di luar sana tidak faham apa yang dikatakan takaful, ada sebahagian mereka beranggapan bahawa takaful ini sama dengan insuran konvensional dan hanya perlindungan semata-mata. Ada pula orang yang jahil tentang takaful memberi hujah dan menyamakan takaful dengan insuran dan ia menjadi haram kerana ia terlibat dengan riba, perjudian dan sebagainya. Banyak lagi andaian […]

4000 kes baru setiap tahun

Kuala Lumpur: Barah payudara yang menjadi penyebab utama kematian wanita di negara ini merekodkan hampir 4,000 kes baru setiap tahun dengan nisbah satu daripada 19 wanita berisiko dijangkiti penyakit berkenaan. Pakar Bedah Payudara dan Endokrin Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nor Azham Hakim Darail berkata, data daripada Daftar Kanser Kebangsaan (NCR) itu turut menunjukkan majoriti […]

Masa depan kelam

Kuala Lumpur: Perlindungan kewangan individu dilihat berada pada tahap membimbangkan memandangkan ia terlalu rendah untuk menampung keperluan kewangan waris sekiranya mereka meninggal dunia atau berdepan hilang upaya kekal. Kajian jurang perlindungan rakyat negara ini bagi tahun 2012 yang dilaksanakan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dengan kerjasama Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd mendapati jurang perlindungan rakyat Malaysia […]

Takaful didik anak muda urus kewangan

Kuala Lumpur: Golongan muda seharusnya didedahkan dengan penyimpanan sehingga 30 peratus daripada pendapatan untuk persiapan jangka panjang yang merangkumi simpanan, pelaburan dan langganan polisi takaful. Perunding Kewangan Bertauliah IFP (Islamic Financial Planner) di INFAQ Consultancy & Advisory, Afyan Mat Rawi berkata, kebanyakan golongan muda lebih gemar membeli gajet atau kenderaan baru menggunakan gaji pertama mereka […]

Julia Perez jual rumah & kereta untuk biaya kos rawatan

Aktres seksi dan sensasi Indonesia Julia Perez telah disahkan mengidap barah pangkal rahim baru-baru, dan sebagai langkah persediaan dia telah menjual kediamannya dan kereta sebagai persedian untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk mengubati barahnya itu. Menurut laporan media Indonesia, selain menjual kediaman dan kereta aktres tersebut juga dikhabarkan akan bercuti selama tiga bulan bagi menjalani rawatan. […]

PruUmmahLink

PruBSN Ummah Link telah dilancarkan. Nak tahu apa yang anda akan dapat dengan sumbangan serendah RM5 sehari ; – Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Kekal – Perlindungan Penyakit Kritikal – Perlindungan Kemalangan – PERCUMA bayaran jika Sakit Kritikal Ada lagi menariknya ialah ; – Perlindungan berganda jika meninggal di Tanah Suci – Simpanan pelaburan boleh […]

Keperluan untuk mendidik masyarakat mengenai Takaful

Sejak skim Takaful diperkenalkan pada tahun 1984, ia telah melalui suatu proses pertumbuhan yang menggalakkan dari sudut penawaran produk dan operasi pengendalian Takaful. Walau bagaimanapun, penyertaan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu masih di tahap yang mendukacitakan. Walaupun pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak-pihak yang berkenaan namun ia tidak dapat menyedarkan hati majoriti masyarakat Melayu. Kadar penembusan […]