‘Tolong anak kami’
Kuala Lumpur: “Saya hanya mahu melihat anak saya sembuh dan membawanya pulang ke rumah kerana sudah terlalu lama berada di hospital,” kata ibu kepada bayi yang memerlukan bantuan pembedahan paru-paru dan jantung, Farah Shahida Mohd Taib, 27. Menurutnya, anaknya Mikayla Tihany Muhammad Razali, lima bulan menghidap masalah jantung berlubang dan injap saluran darah ke paru-paru […]