Masalah pusaka umat Islam semakin kronik, membarah

SAYA telah bekerja membantu umat Islam menyelesaikan isu pusaka dan  perancangan harta pusaka mereka masuk tahun yang ke-20. Saya mendapati masalah pusaka yang melanda umat Islam hari ini semakin lama semakin kronik dan membarah. Ini dibuktikan oleh peningkatan nilai harta pusaka yang tertunggak sehingga RM 60 bilion seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri kementerian yang berkenaan […]

Kadar penembusan insurans, takaful berada pada tahap 55%

Kuala Lumpur: Pemain industri insurans tempatan sentiasa berusaha meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful dalam kalangan rakyat Malaysia mewakili semua kumpulan isi pendapatan rumah termasuk B40 iaitu mereka yang memiliki pendapatan 40 peratus terendah. Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Toi See Jong berkata, pada ketika ini kadar penembusan insurans dan takaful berada pada tahap […]

Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni..

Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami. Jika rumah berharga RM300,000 (Harga mesti mengikut harga pasaran) Bagaimana perbahagian dibuat? 1/4 milik isteri Selebihnya adalah milik adik beradik si […]

Apa itu insurans, takaful?

INSURANS adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan […]

Adik beradik berebut harta

KAMPUNG RAJA – Gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka, tiga beradik tergamak membelasah salah seorang darah daging mereka yang lain hingga mendatangkan kecederaan parah dalam kejadian di Kampung Pak Kiang dekat Kampung Keluang di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa 33 tahun cedera parah di beberapa bahagian anggota […]

Perebutan harta antara adik-beradik

DALAM kematian yang melibatkan ibu atau bapa, pertikaian akan berlaku antara adik-beradik berkaitan harta peninggalan ibu bapa jika ada kekeliruan berkaitan harta tersebut. Pada asasnya, jika harta tersebut tidak ditentukan penerimanya atau dalam erti kata lain tidak dihibahkan, maka adalah menjadi kewajipan adik-beradik atau waris-waris lain untuk mengikuti ketetapan pembahagian sebagaimana yang digariskan oleh sistem faraid. […]

Urus harta pusaka, usah beban waris

“BIARLAH dulu, tanah kubur masih merah. Tak perlu berebut harta pusaka…” Itu mungkin kata-kata yang biasa didengar setelah berlaku kematian. Seolah-olah yang bertanya tidak sabar untuk mendapatkan harta si mati. Namun jika difahami yang tersirat, ia bertujuan menyelesaikan hak si mati seperti hutang dan berkaitan hak waris yang terlibat. Berbaki RM60 bilion jumlah harta yang […]

Mengurus harta dengan hikmah

LAZIMNYA apabila pasangan Islam itu mendirikan rumah tangga sudah pastilah harapan tinggi menggunung ‘masjid’ dibina ini akan kekal hingga ke syurga. Begitu juga ucapan dan doa sahabat handai rakan taulan dan saudara mara yang mahukan kebahagiaan dikecapi oleh pengantin baharu. Namun hakikatnya tidak semua pasangan itu bahagia, terdapat pelbagai liku dalam melayari bah-tera perkahwinan. Tidak kurang […]

Simpanan RM480,000 jamin hidup selesa selama 20 tahun

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pusat kecemerlangan akademik, Putra Business School menganggarkan bahawa golo­ngan pekerja kelas pertengahan di negara ini perlu mempunyai wang simpanan persaraan sekurang-kurang­nya RM400,000 hing­ga RM480,000 untuk menampung kehidupan selesa selama 20 tahun. Pakar ekonomi­nya, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, wang persaraan dalam jumlah itu dapat menampung kehidupan pesara sehingga berumur […]

TERKEJUT TERIMA PAMPASAN ANAK

MARANG – Ibu kepada pemuda meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 30 Ogos tahun lalu, Hasmah Abdullah, 49, menerima cek pampasan daripada sebuah syarikat perlindungan insurans berjumlah RM47,000. Menurutnya, dia terkejut kerana langsung tidak mengetahui anaknya, Allahyarham Mohd Khairul Asraff Mohamad Yusof, 28, ada mengambil perlindungan insurans Prudential BSN Takaful Berhad disebabkan arwah baru […]