Tidak sangka anak ambil insurans

MELAKA – Ibu kepada pemuda yang meninggal dunia selepas mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan, Mac lalu, Fauziah Omar, 52, menerima cek pampasan daripada syarikat Prudential BSN Takaful Berhad berjumlah RM43,000. Menurut Fauziah yang merupakan seorang guru, dia pada awalnya langsung tidak mengetahui tentang anaknya, Allahyarham Muhammad Hannan Kamarzaman, 26, ada mengambil perlindungan takaful […]

Jaminan masa depan

“Saya fikir dulu”. Mungkin ungkapan biasa atau ‘cliche’ kebanyakan individu termasuk generasi muda apabila dipelawa mengambil pakej perlindungan insurans. Mungkin mereka tidak mahu terbeban dengan komitmen bulanan atau menganggap masih awal untuk mengambil pakej ditawarkan. Sedangkan banyak kelebihannya di kemudian hari dan tanpa mereka sedar, keengganan mengambil perlindungan insurans hari ini mungkin menyusahkan diri sendiri […]

Pelajar koma lebih sebulan perlu bantuan

GUA MUSANG – Keluarga seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini yang koma lebih sebulan kerana kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pelajar itu. Norfarahani Ismail, 17, yang terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini selepas terbabit kemalangan pada 28 Feb lepas, memerlukan perbelanjaan […]

FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Selasa, Februari 21, 2012 Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit. Berikut gambar pertama dihantar kepada saya. “Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala,” ujar Sham. Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam. […]

Ingat pesanan Allahyarham isteri

MELAKA – Suami kepada Allahyarham Mastura Abd Karim, 34, ejen insurans yang maut dalam kemalangan jalan raya pertengahan Disember lalu, akan menggunakan wang pampasan insurans isterinya itu untuk kegunaan anak-anak. Moed Salleh, 54, berkata, semasa hayat isterinya itu pernah berpesan supaya sekiranya berlaku apa-apa terhadap dirinya, gunakanlah wang berkenaan untuk tiga anaknya berusia 15, 11 […]

MH370: RM16.8 juta insurans dibayar kepada waris

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM16.8 juta bagi tuntutan insurans hayat dibayar kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Dalam kenyataan hari ini, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) berkata 185 polisi telah dikeluarkan oleh 14 buah syarikat insurans hayat di Malaysia yang telah diselesaikan dari Mac 2014 sehingga kini. “Syarikat insurans […]

Bersesak dengan warga asing nak dapatkan rawatan

KLANG – Caj murah yang dikenakan hospital kerajaan menjadi antara faktor mendorong orang ramai serta warga asing mendapatkan rawatan. Tinjauan di Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, mendapati bahagian itu sesak dengan orang ramai termasuk warga asing yang sedang menunggu giliran. Berdasarkan maklumat daripada kakitangan hospital yang hanya mahu dikenali sebagai Santiago, hampir […]

‘Kami sudah habis wang’

Jempol: Sepasang suami isteri mengharapkan bantuan orang ramai bagi menampung perbelanjaan rawatan anak sulung mereka yang menghidap ketumbuhan tahap empat dan koma sejak 9 Mac lalu. Anak mereka, Muhammad Nur Iman Mohd Razi, 5, sudah dihantar menjalani rawatan susulan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu lalu selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital […]

Anak obes terlampau

Gandhinagar, India: Seorang bapa di sini, merancang untuk menjual buah pinggangnya sendiri bagi menampung kos perubatan tiga anaknya yang menghadapi masalah obesiti melampau. Rameshbhai Nandwana, 34, berkata, dia terdesak untuk mendapatkan wang kerana bimbang anaknya itu mungkin mati jika tidak mendapat rawatan sepatutnya. Nandwana mempunyai dua anak perempuan, Yogita yang berusia lima tahun dan Anisha, […]