Takaful didik anak muda urus kewangan

Kuala Lumpur: Golongan muda seharusnya didedahkan dengan penyimpanan sehingga 30 peratus daripada pendapatan untuk persiapan jangka panjang yang merangkumi simpanan, pelaburan dan langganan polisi takaful. Perunding Kewangan Bertauliah IFP (Islamic Financial Planner) di INFAQ Consultancy & Advisory, Afyan Mat Rawi berkata, kebanyakan golongan muda lebih gemar membeli gajet atau kenderaan baru menggunakan gaji pertama mereka […]

Julia Perez jual rumah & kereta untuk biaya kos rawatan

Aktres seksi dan sensasi Indonesia Julia Perez telah disahkan mengidap barah pangkal rahim baru-baru, dan sebagai langkah persediaan dia telah menjual kediamannya dan kereta sebagai persedian untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk mengubati barahnya itu. Menurut laporan media Indonesia, selain menjual kediaman dan kereta aktres tersebut juga dikhabarkan akan bercuti selama tiga bulan bagi menjalani rawatan. […]

Terima pampasan RM102,000

KUALA KURAU – Penderitaan dihadapi seorang nelayan kehilangan kaki kanan ketika menangkap ikan tahun lalu, mendapat pembelaan apabila menerima pampasan insurans yang dicarum melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sebanyak RM102,000, minggu lalu. Mangsa, Lim Qian Chuan, 26, berkata, dalam kejadian pada 30 Disember tahun lalu, kaki kanannya terputus setelah tersangkut pada tali pukat tunda yang […]

Insurans mungkin mahal

Petaling Jaya: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkemungkinan menjejaskan harga produk insurans pada masa depan kerana secara umumnya ia meningkatkan kos produk dan menurunkan margin dalam segmen kawalan tarif seperti insurans Motor dan Kebakaran. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (IIM) Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, perkara terbabit akan berlaku berikutan produk dan […]

Pesakit buah pinggang meningkat 20 peratus

KUCHING 20 Sept. – Bilangan pesakit buah pinggang dan mempunyai insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meningkat pada kadar 17 hingga 20 peratus setiap tahun. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Perkeso telah meluluskan sebanyak 10,004 permohonan untuk mendapatkan kemudahan dialisis daripada penerima-penerima ilat dan bukan ilat selain melantik 449 buah […]

Terdiam doktor minta RM20,000

KUALA LUMPUR: “Apabila bergelar doktor ortopedik nanti, saya pasti mencari punca penyakit yang saya tanggung ini,” kata Nur Hafizah Misngat, 17, yang menderita sakit tulang belakang berbentuk ‘S’ sejak tiga tahun lalu. Pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, di sini, kelmarin untuk mendapatkan bantuan bagi menanggung […]

‘Bantulah anak kami’

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan memerlukan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya sejak berusia lapan bulan. [wdsm_ad id=”2288″ class=” ” ] Mira Natasya Suria, 19, dari Taman Seri Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, dekat sini, memerlukan sumbangan segera berjumlah RM45,000 bagi membiayai pembedahan jantung berlubang dalam tempoh terdekat. Bapa remaja itu, Suria […]

Syukur tunai haji usia muda

GEORGETOWN – Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dalam usia yang muda merupakan impian bagi semua umat Islam, temasuk Nor Muhammad Firdaus Sabarudin.Peluang yang diterima menjadi tetamu ALLAH membuatkan Nor Muhammad Firdaus, 25, memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana diberikan peluang menjejakkan kaki dalam usia sebegini. “Perasaan gembira serta bersyukur terbit dalam sanaburi tatkala nama […]

Ramai golongan muda dikesan sakit jantung

IJN mendedahkan bahawa semakin ramai golongan muda seawal umur 20­an dikesan menghidap penyakit jantung ekoran gaya hidup yang tidak sihat. [wdsm_ad id=”2288″ class=” ” ] Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari (gambar) berkata, faktor risiko dan penyebab penyakit adalah berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, pemakanan, merokok dan […]

Tanggung kos rawatan sendiri

KEPALA BATAS – Seorang warga emas yang menjadi mangsa kemalangan Isnin lalu kecewa apabila terpaksa menanggung semua kos rawatan kecederaan yang dialami selepas lelaki yang melanggarnya tidak mahu bertanggungjawab. Rohani Yahaya, 62, dari Taman Bertam Indah di sini berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang dikenalinya itu membuatkan dia terpaksa menanggung semua kos rawatan. Menurutnya, lebih […]