Tabah hidap kanser ovari

“Saya hampir putus nyawa apabila kali pertama menerima perkhabaran doktor mengesahkan saya menghidap kanser ovari peringkat ketiga. Apa yang terbayang di fikiran ketika itu hanya kematian yang bakal menjemput. “Hampir seminggu saya mengurung diri di rumah dan menangis sebelum mampu menerima kenyataan memilukan itu,” kata Hafizhoh Hussain, 53, penghidap kanser ovari yang kini menjalani gaya […]

Percutian urus jenazah

Kepulangannya ke rumah keluarga di Kampung Hutan Chengal, Tendong Pasir Mas, di sini, untuk bercuti, tetapi percutian seorang lelaki itu bertukar majlis menguruskan pengebumian adik lelakinya yang maut dalam kemalangan pagi kelmarin. Dalam kejadian di Kilometer 88.3 Jalan Ayer Jeli, dekat Kampung Gemang, di sini, Mohd Zabri Ismail, 38, terkorban apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya […]

Hanya ada tiga injap jantung

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian perumpamaan untuk menggambarkan derita yang ditanggung oleh Irdina Qalesya Harun Zain, 5, atau mesra disapa Qalesya yang dilahirkan hanya dengan tiga injap jantung. Berikutan itu, sejak dilahirkan Qalesya sering mengalami masalah kesihatan berikutan darah bersih akan bercampur dengan yang kotor. “Saya dan suami […]

Bapa kudung risaukan masa depan anak

TANAH MERAH: Seorang bapa kepada enam anak risau memikirkan masa depan keluarga selepas kehilangan kedua-dua tangan termasuk dalam mesin getah ketika bekerja di sebuah kilang getah, di sini. Dalam kejadian 20 Februari lalu itu, tangan kiri Abdul Hadi Daud, 53, terpaksa dipotong di pergelangan tanganmanakala tangan kiri dipotong di tapak tangan. Mangsa dari Kampung Kemahang, di sini, berkata kejadian berlaku […]

Bilik rawatan ‘syurga’ kedua

Klang: “Bilik rawatan hemodialisis ini ibarat rumah kedua dan saya mengenali semua staf hospital serta pesakit lain yang turut menjalani rawatan di sini. “Walaupun menghidap penyakit buah pinggang, saya cergas melakukan aktiviti harian,” kata Sufatan Khairani, 53, seorang penghidap penyakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu. Sufatan yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah […]

Caj perundingan doktor naik 14.4%

PUTRAJAYA 5 Mac – Penentuan harga maksimum untuk perkhidmatan konsultasi profesional di hospital swasta dilakukan selepas mengambil kira Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk tempoh 2002 hingga 2010. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ketika menetapkan harga maksimum tersebut, kerajaan telah memutuskan kenaikan caj profesional hospital swasta pada purata 14.4 peratus berbanding 30 peratus […]

Jual kad sim demi Shaqira

BATANG KALI – Seorang bapa terpaksa menjual kad sim dan tambah nilai demi mendapatkan wang tambahan untuk menampung kos rawatan pembedahan mata anak tunggalnya di sebuah hospital di New Delhi, India. Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, sejak Julai tahun lalu, dia bertungkus lumus mencari duit setelah anaknya, Shaqira Insyirah, 7, disahkan buta selepas melakukan […]

Dua beradik hidap kanser ovari

KUANTAN – Dua beradik, Janice Loy Shueyt Yee, 17, dan Carmen Loy Shueyt Yee, 13, pada mulanya resah apabila dalam tempoh singkat perut mereka tiba-tiba membesar bagaikan perempuan sedang sarat mengandung. Kejadian aneh itu dialami serentak dua beradik itu dan pada masa sama perut mereka mulai mengeras tetapi tiada kesakitan dirasai. Bagaimanapun, kata ibu mereka, […]

2,000 kes baharu kanser dicatat

PARIT BUNTAR – Perak mencatatkan penambahan 2,000 kes baharu pesakit pelbagai jenis kanser setiap tahun berdasarkan statistik kajian Jabatan Kesihatan Negeri Perak dari 2007 hingga 2013. Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak (Unit Penyakit Tidak Berjangkit), Dr Asmah Zainal Abidin berkata, merujuk statistik sama, pihaknya mendaftarkan hampir 10,000 kes kanser di mana sebanyak 55 […]