Pelajar koma lebih sebulan perlu bantuan

GUA MUSANG – Keluarga seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini yang koma lebih sebulan kerana kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan untuk menampung keperluan pelajar itu. Norfarahani Ismail, 17, yang terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini selepas terbabit kemalangan pada 28 Feb lepas, memerlukan perbelanjaan […]

Pesakit kanser tulang rayu bantuan

BATU PAHAT – Seorang bapa tunggal di sini, merayu bantuan untuk merawat penyakit kanser tulang dihadapinya. Adnan Ahmad berkata, dia memerlukan RM1,600 bagi menjalani rawatan hemodialisis bagi mencuci darah yang dikatakan menjadi punca penyakitnya. Menurutnya, selagi tidak menjalani rawatan itu, penyakit kanser tulang atau ‘gout tulang’ itu makin teruk dan boleh mengancam nyawa. Tambahnya lagi, […]

Bayi perlu dana lebih RM150,000

SUNGAI PETANI – Hati ibu mana tidak tersentuh melihatkan bayi berusia 13 bulan terpaksa bertarung nyawa berhadapan komplikasi serius sejak lahir selain menempuh pelbagai jenis pembedahan. Norhidayati Md Noor, 32, berkata, anak bongsu dari enam beradik, Nuralia Adriana Mohd Tarmizi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa akibat masalah paru-paru dan jantung. Namun, si kecil […]

Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang […]