FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Selasa, Februari 21, 2012 Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit. Berikut gambar pertama dihantar kepada saya. “Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala,” ujar Sham. Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam. […]

Lumpuh gara-gara semut

TANJUNG TOKONG – Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor. “Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis. “Selepas […]

Bayi perlu dana lebih RM150,000

SUNGAI PETANI – Hati ibu mana tidak tersentuh melihatkan bayi berusia 13 bulan terpaksa bertarung nyawa berhadapan komplikasi serius sejak lahir selain menempuh pelbagai jenis pembedahan. Norhidayati Md Noor, 32, berkata, anak bongsu dari enam beradik, Nuralia Adriana Mohd Tarmizi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa akibat masalah paru-paru dan jantung. Namun, si kecil […]

Balu terima bayaran insurans RM102,500

MERLIMAU –  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500. Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak. Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah. “Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan […]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA – Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu […]