Balu terima bayaran insurans RM102,500

MERLIMAU –  Balu kepada seorang nelayan di sini yang meninggal dunia 30 Oktober lalu, menerima bayaran insurans sebanyak RM102,500. Nuli Sawi, 48, berkata, sejak ketiadaan suaminya, dia bukan sahaja hilang tempat bergantung malah sedih memikirkan nasib anak-anak. Menurutnya, dia tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah. “Bantuan ini bertepatan dengan keperluan dan […]

Tidak mampu bayar bil hospital

PASIR PUTEH – Seorang ibu tunggal lega apabila masalah untuk membayar kos rawatan anaknya yang sakit mendapat perhatian Pemuda Umno Pasir Puteh. Siti Maisarah Umairah Abdul Rahim yang berusia setahun tujuh bulan menghidap masalah cairan dalam kepala. Ibunya, Rozila Mohammad, 20, berkata, darah beku menyebabkan kepala anaknya membesar selepas dilahirkan. Katanya, kesempitan hidup,  ditambah pula […]

Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang […]

Saya perlukan kos rawatan mata

JITRA – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan kehidupan perit yang kini ditanggung oleh seorang bekas kerani akaun. Zuraidah Zabidi, 50, yang juga seorang ibu tunggal kini menderita akibat penyakit diabetes yang dialami sejak 15 tahun lalu. Susulan penyakit itu, dia kini tidak berkemampuan untuk bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan mata yang […]

Kelebihan perlindungan Takaful

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan. Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah […]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA – Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu […]

Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara. Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia. […]

Guna pampasan untuk upah haji arwah suami

KOTA BHARU – Wang pampasan insurans berjumlah RM91,964.64 dari Predential Bank Simpanan Nasional (BSN) Takaful akan digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat arwah suami  menunaikan haji. Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim, 28, isteri kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Allahyarham Safrizal Tarmizan, 31, berkata, sebahagian wang pampasan itu akan digunakan untuk upah haji arwah […]