Sah caj perubatan hospital naik
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain keperluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas berkenaan.
Menurutnya, kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan.
“Pesakit kelas satu dan dua sebelum ini sudah pun membayar caj rawatan. Walaupun berlaku sedikit kenaikan, pesakit ini masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar.
“Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga. Jadi, kita masih tidak lari daripada prinsip membantu rakyat mendapatkan rawatan hospital terbaik,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
[vc_row][vc_column css=”.vc_custom_1479348915002{background-color: #87cbca !important;}”][vc_cta h2=”Tinggalkan nombor telefon Anda disini untuk saya hubungi” css=”.vc_custom_1479351167509{padding-top: 5px !important;padding-right: 5px !important;padding-bottom: 5px !important;padding-left: 5px !important;background-color: #87cbca !important;}”]Error: Contact form not found.
[/vc_cta][/vc_column][/vc_row]Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4QDPaeCdI
Hakcipta terpelihara