Pelajar perlu RM11,000 kos bedah

KUALA PILAH – Bapa kepada seorang pelajar yang mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang terharu apabila menerima sumbangan sebanyak RM1,000 oleh Kelab Lion Kuala Pilah bagi meringankan penderitaan anaknya itu. Muhammad Zikri Zakaria, 15, yang cedera selepas terjatuh di sebuah sekolah berasrama di Rembau perlu menjalani pembedahan segera bernilai RM11,000. Kecederaan pada saraf tunjang […]

Saya perlukan kos rawatan mata

JITRA – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan kehidupan perit yang kini ditanggung oleh seorang bekas kerani akaun. Zuraidah Zabidi, 50, yang juga seorang ibu tunggal kini menderita akibat penyakit diabetes yang dialami sejak 15 tahun lalu. Susulan penyakit itu, dia kini tidak berkemampuan untuk bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan mata yang […]

Kelebihan perlindungan Takaful

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan. Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah […]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA – Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu […]

Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara. Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia. […]

Guna pampasan untuk upah haji arwah suami

KOTA BHARU – Wang pampasan insurans berjumlah RM91,964.64 dari Predential Bank Simpanan Nasional (BSN) Takaful akan digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat arwah suami  menunaikan haji. Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim, 28, isteri kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Allahyarham Safrizal Tarmizan, 31, berkata, sebahagian wang pampasan itu akan digunakan untuk upah haji arwah […]

Diari2015

Lebih kurang sebulan lagi tahun 2014 bakal melabuhkan tirai. Banyak suka duka yang kita lalui untuk tahun ini. APA KATA UNTUK TAHUN HADAPAN, KITA UBAH MENJADI KEARAH YG LEBIH BAIK. Rancang masa anda sebaik mungkin! Adakah anda mahu gunakan Diari 2015 Prudential ini? Jika mahu, cepat-cepat hubungi saya untuk dapatkan diari masing-masing. Apa yang perlu […]

Konsep tabarru’ dalam Takaful

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia. Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya. Dalam Islam, manusia tidak memiliki […]

Takaful beri perlindungan, pelaburan Islamik

Tujuan asas takaful adalah untuk memberi perlindungan kepada pemilik sijilnya sekiranya berlaku musibah seperti kematian dan hilang upaya. Ramai di antara kita tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi musibah dan tidak menganggap perlindungan takaful sebagai satu bentuk simpanan, sebaliknya menganggap caruman takaful adalah perbelanjaan yang tidak perlu. Perlindungan Takaful sentiasa dianggap tidak perlu di dalam perancangan […]

Kepentingan pengurusan risiko dan skim takaful

Secara ringkasnya, risiko adalah kebarangkalian atau kemungkinan berlakunya musibah ke atas seseorang. Mungkin kita jarang berbicara mengenai risiko, namun begitu, kita sering diperdengarkan dengan cerita atau berita mengenai ahli keluarga, rakan taulan atau rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kematian, jatuh sakit, ditimpa kesusahan atau mengalami masalah kewangan. Musibah sememangnya tidak dapat dijangka atau diramalkan. […]