SEDIAKAN HADIAH BUAT KELUARGA

  Keratan akhbar Harian Metro hari ini. 23 Nov 2020 Kami sangat berbesar hati dalam menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh arwah kepada kami selaku wakil takaful untuk arwah. Amanah yang ditinggalkan untuk keluarga yang TAK DIJANGKA. Betul perumpamaan “Jodoh, pertemuan, ajal, maut ditangan tuhan”. Tiada sesiapa yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esok hari. […]

Koronavirus: Pemegang polisi insurans, takaful dilindungi

PENGENDALI insurans hayat dan takaful mengambil langkah menyediakan perlindungan hospital dan rawatan kepada pemegang polisi serta sijil yang terjejas akibat penularan koronavirus baharu (2019-nCoV). Langkah itu diumumkan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia dalam kenyataan bersama hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell berkata, walaupun sebahagian besar polisi dan sijil perubatan […]

Nasib ibu muda, suami retak tempurung kepala

KOTA BHARU: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib ibu muda, Suhana Abdullah, 29, yang perlu menjaga tiga anak kecil dan suami yang sedang terlantar sakit. Segala berubah dalam kehidupan Suhana, apabila suaminya, Mohd Zaid Mat Yusof, 33, retak tempurung kepala akibat ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Ogos tahun lalu. “Ketika kejadian, suami sedang […]

Ditinggal suami kerana kanser payudara

KEHILANGAN payudara akibat kanser cukup memberi kesan trauma yang begitu besar buat Linda yang juga merupakan seorang ibu kepada tiga cahaya mata. Akibat kanser tersebut dia dianggap cacat dan ditinggalkan oleh suaminya. “Kesakitan kanser ini tiada apa-apa bagi saya berbanding ditinggalkan oleh suami setelah 18 tahun berkahwin,” jelasnya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai […]

Lindung golongan miskin tegar

Kuala Lumpur: Masih ramai tidak sedar mengenai kepentingan takaful dan insurans dalam kehidupan masa kini. Kepentingan takaful keluarga atau insurans hayat menjadi semakin ketara dengan peningkatan risiko yang dihadapi isi rumah yang kurang berkemampuan seperti kos sara hidup yang semakin tinggi, tabungan rendah dan keberhutangan sekali gus mendedahkan kumpulan ini kepada risiko bebanan ekonomi. Dalam […]

Adik beradik berebut harta

KAMPUNG RAJA – Gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka, tiga beradik tergamak membelasah salah seorang darah daging mereka yang lain hingga mendatangkan kecederaan parah dalam kejadian di Kampung Pak Kiang dekat Kampung Keluang di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa 33 tahun cedera parah di beberapa bahagian anggota […]

TERKEJUT TERIMA PAMPASAN ANAK

MARANG – Ibu kepada pemuda meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 30 Ogos tahun lalu, Hasmah Abdullah, 49, menerima cek pampasan daripada sebuah syarikat perlindungan insurans berjumlah RM47,000. Menurutnya, dia terkejut kerana langsung tidak mengetahui anaknya, Allahyarham Mohd Khairul Asraff Mohamad Yusof, 28, ada mengambil perlindungan insurans Prudential BSN Takaful Berhad disebabkan arwah baru […]

Sah caj perubatan hospital naik

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain ke­perluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas […]

Caj wad, rawatan naik 50 peratus

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini. Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan […]