Saya perlukan kos rawatan mata

JITRA – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan kehidupan perit yang kini ditanggung oleh seorang bekas kerani akaun. Zuraidah Zabidi, 50, yang juga seorang ibu tunggal kini menderita akibat penyakit diabetes yang dialami sejak 15 tahun lalu. Susulan penyakit itu, dia kini tidak berkemampuan untuk bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan mata yang […]

Anak terpaksa pinjam ah long

JITRA – Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu […]

Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara. Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia. […]

Guna pampasan untuk upah haji arwah suami

KOTA BHARU – Wang pampasan insurans berjumlah RM91,964.64 dari Predential Bank Simpanan Nasional (BSN) Takaful akan digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat arwah suami  menunaikan haji. Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim, 28, isteri kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Allahyarham Safrizal Tarmizan, 31, berkata, sebahagian wang pampasan itu akan digunakan untuk upah haji arwah […]

Bekas pemandu lori perlu bantuan

NIBONG STESEN – “Saya buntu memikirkan nasibnya, tak tahu nak buat macam mana lagi.” Demikian luahan Mek Hussin, 51, isteri kepada Che Abdul Ghani Hussin, 52, yang kini terlantar sakit berikutan mengalami kecederaan paha selepas terlibat dalam kemalangan, enam bulan lalu. Sejak itu, Che Abdul Ghani yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, langsung tidak […]

Nia menderita jantung semakin membesar

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang mengharapkan simpati orang ramai untuk mendapatkan dana sejumlah RM45,000 bagi tujuan pembedahan. Ibunya, Nor Azirah Mohd Nasir Kok, 28, berkata, anak tunggalnya, Nia Ryana Zul Azri yang berusia dua tahun tujuh bulan dikesan menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan. Menurutnya, penderitaan anaknya yang mesra dipanggil […]

‘Reda jika ALLAH ambil nyawanya’

MARANG – “Saya reda jika ALLAH mengambil (nyawanya), tetapi (sebelum itu) saya akan berusaha mengubati penyakit (anak) sehingga sembuh,” kata Norasimah Ismail, 42, ibu kepada Amir Hanafi Zolawi, 15, yang menghidap kanser kelenjar tahap tiga. Amir Hanafi disahkan menghidap kanser kelenjar atau juga dipanggil limforma lebih kurang seminggu lalu bermula dengan demam yang disangka sekadar […]

4000 kes baru setiap tahun

Kuala Lumpur: Barah payudara yang menjadi penyebab utama kematian wanita di negara ini merekodkan hampir 4,000 kes baru setiap tahun dengan nisbah satu daripada 19 wanita berisiko dijangkiti penyakit berkenaan. Pakar Bedah Payudara dan Endokrin Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nor Azham Hakim Darail berkata, data daripada Daftar Kanser Kebangsaan (NCR) itu turut menunjukkan majoriti […]

Masa depan kelam

Kuala Lumpur: Perlindungan kewangan individu dilihat berada pada tahap membimbangkan memandangkan ia terlalu rendah untuk menampung keperluan kewangan waris sekiranya mereka meninggal dunia atau berdepan hilang upaya kekal. Kajian jurang perlindungan rakyat negara ini bagi tahun 2012 yang dilaksanakan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dengan kerjasama Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd mendapati jurang perlindungan rakyat Malaysia […]